Penghuni Teratak

Tinggalkan Link Untuk BW

Hinanya diri ini..

Assalamualaikum....



Di saat aku ditimpa bencana, aku seringkali memohon kepadaMu.. Ketika bencana itu hilang, aku melupakanMu. Telah terlalu banyak janji- janji manis ku tabur padaMu. Aku sering memungkiri janji-janjiku padaMu. Betapa hinanya aku disisiMu…

Ku akui aku seringkali membiarkan diri ini tewas pada pautan nafsu. Aku biarkan diri ini tertipu dengan benda yang dipanggil fitnah.. Aku biarkan diri ini tenggelam dan alpa dalam nikmat dunia yang palsu.. Aku telah jadikan semua itu sebagai puncak dan matlamat pencarianku.. betapa hinanya aku disisiMu.

Aku telah menjadi semakin berani. Berani meletakkan nasib ditangan ku sendiri..Berani meletakkan diriku dalam golongan yang rugi. Mengorbankan segalanya untuk benda yang tidak pasti.. Betapa hinanya aku disisi Ilahi.

Ya ALLAH…janganlah Kau condongkan hatiku kepada kesesatan setelah Kau beri hidayah..Kau penuhi permohonanku dan mudahkanlah perlaksanaan keperluanku. Kau bantulah aku dalam memperbaiki amal ibadahku padaMu.. Kau bersihkanlah hatiku dari noda dan dosa..janganlah Kau tolak untuk memenuhinya sedangkan Engkau telah memberiku jaminan untuk itu. Janganlah Kau tutup pintuMu sedangkan Engkau telah memerintahkan aku mengetuknya.

Anugerahkanlah aku segala sesuatu yang mendatangkan kebaikan di dunia dan di akhiratku dan masukkanlah aku ke dalam golongan yang berbuat baik kerana permohonan yang ku pohon dariMu dan yang mendapat hasilnya dari memohonnya dariMu, yang mendapatkan Kurnia dariMu kerana bertawakal kepadaMu dan yang mendapat perlindungan kerana melindungkan diri di bawah naunganMu. Amin..

21 Celoteh adik-adik:

YaYaNsMuM berkata...

Insyaallah, semoga kita semua berada didalam golongan org2 yg dikasihi Allah.amin.

acheeqa farhana berkata...

sntiasa bdoa utk mjadi mnsia yang lebih baik..:)

Cikgu Ma berkata...

=)

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Dunia ini kita perlu ambil dengan tujuan dan matlamat agar natijahnya membawa kepada kebaikan dan keredhaan Allah Taala...

naim berkata...

Insha Allah akak

:)

ieyza afieyna berkata...

insyaALLAH...amin.. :')

ieyza afieyna berkata...

insyaALLAH...amin.. :')

Kancil 8349 berkata...

Amin.........

محمد شهريل القنيطري berkata...

amin moga doa diperkenankn..

Tiramisu Fatiema berkata...

Amin..moga sama-sama diberkati Allah..s.w.t

eeiyss berkata...

amin...

[sutera kasih] berkata...

muhasabah diri di pagi Jumaat..

Ezad Skytech berkata...

InsyaAllah kak..Amin...:D

Aine Ainun berkata...

Semoga kita dilindungi dari fitnah....insyaallah...

Gen2Merah berkata...

semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat dan limpah kurniaan Nya... amin

Syahierah Ishak berkata...

insya-allah.
amin.
singgah sini.
semoga hari ini hari yg Indah :)

L berkata...

amin.. semoga dimkbulkan doa ini...

Yumida berkata...

amin. hari yg baik utk berdoa

~~Ticer Wann~~ berkata...

amiin

LadyBird berkata...

Ya Allah, kau mudahkanlah semua ursan kami ya Allah, kau bantulah kami menuju ke Syurga-Mu yang Allah, kau bantulah kami menjadi hamba-Mu yang taat ya Allah... ameeen2 ya robbalalamennn...

trm ksh kak atas doa itu..

Wallahua'lam berkata...

as salam..
alhamdulillah..

T___T