Penghuni Teratak

Tinggalkan Link Untuk BW

Ada Allah Di Setiap Waktu

Assalamualaikum....

Apa habaq semua...rindunya akak dengan adik-adik, adik-adik ni rindu akak tak???? Maaflah sekarang akak kurang on9 blog, nak-nak cuti sekolah ni, lagilah kekurangan masa...Pada adik-adik followers baru tu, InsyaAllah..nanti akak singgah ek.

Kalian cuti sekolah ada plan tak? bercuti kemana...akak nampaknya tak ke mana-mana rasanya, kerja berlambak-lambak belum siap, duduk rumah je lah nampaknya akak..hehehe....apalah akak ni kan mengarut pulak...Akak harap adik-adik akak semuanya sihat-sihat dan berbahagia selalu ok?? InsyaAllah...Tapi sebelum akak undur diri, ada pesanan buat semua....


Jika sendiri....jangan merasa sepi,
Ada Allah yang mengawasi,
Jika sedih....jangan pendam dalam hati,
Ada Allah tempat berbahagi,
Jika marah....jaga fikiran dan hati
Ada Allah tempat menenangkan diri.
Jika bahagia...jangan menjadi lupa,
Ada Allah tempat memuja,
Dan INGATLAH....
Ada Allah di setiap waktu kita.

Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia

Assalamualaikum....



Selamat bertemu wahai saudariku....muslimah yang memakai hijab kerana rasa malu dan untuk menjaga maruah serta prinsip mulia.

Selamat bertemu wahai saudariku....muslimah yang sentiasa belajar dan menelaah dengan penuh kesedaran dan pemikiran yang bersih.

Selamat bertemu wahai saudariku....muslimah yang sentiasa menepati janji, dipercayai dan amanah.

Selamat bertemu wahai saudariku....muslimah yang sentiasa bersabar, berhati-hati dan memohon keampunan.

Selamat bertemu wahai saudariku....muslimah yang sentiasa berzikir, bersyukur dan bermunajat.

Selamat bertemu wahai saudariku....muslimah yang menjadikan Aisyah, Maryam dan khadijah sebagai teladan dan ikutan.

Selamat bertemu wahai saudariku...muslimah yang mendidik para pahlawan dan melahirkan lelaki yang menabur jasa.

Selamat bertemu wahai saudariku...muslimah yang sentiasa menjaga nilai-nilai dan menjaga diri serta iffah.

Selamat bertemu wahai saudariku...muslimah yang sentiasa takut kepada Allah dan menjauhi apa-apa yang dilarang dan dimurkai-NYA.

Puisi Buat Guru

Assalamualaikum....

Lamanya akak menyepikan? Hari ahad baru ini kita sambut hari ibukan? Akak nak ucapkan SELAMAT HARI IBU buat semua ibu-ibu...jasa mereka tak mungkin dapat kita balas Al-fatihah buat ibuku tersayang....16 Mei hari guru pulakkan?  Setahu akak ramai jugak diantara adik-adik akak ni berkerjaya seorang guru..yang akak tahu Gen2 Merah, Kancil, Ticer Wan, Imanshah, Cikgu Ma, Budak Penjara dan ramai lagilah...Sempena itu akak ada puisi khas buat anda semua....


PUISI BUAT GURU

Guru.....
Tak pernah kau merasa lelah,
Tak pernah kau merasa jemu,
Mengajar dan membimbingku,
Seakan engkau orang tuaku.

Guru.....
Satu kata nasihatmu,
Bagaikan butiran-butiran mutiara,
Yang akan ku patrikkan,
Di hati sanubariku.

Guru....
Satu kata petuahmu,
Laksana taburan bintang dilangit,
Yang menerangi jalan hidupku.

SELAMAT HARI GURU

Hak guru lebih agung dari hak ibubapa, sebab orang tua penyebab adanya kita sekarang dan kehidupan yang fana. Sementara guru, penyebab hidup yang kekal. Sekiranya tidak ada guru, nescaya apa yang dihasilkan dan diarahkan oleh orang tua akan celaka selamanya. Imam al- Ghazali

Akulah...Hawa Itu

Assalamualaikum....


Akulah Hawa
Aku umpama bunga
Kembang mekar dipuja
Kumbang rerama berlumba
Bila layu dilupa.

Aku ibarat gula
Banyak semut suka
Ditutup aku terbela
Terbuka aku ternoda

Aku bagai kertas
Bernilai andai dirias
Terkoyak bila dihiris

Ibarat kertas gula dan bunga
Hakikatnya aku cuma wanita
Ada masanya disanjung dipuja
Kala waktunya dikutuk dihina

Aku hanyalah wanita
Punya rasa dan airmata
Biarlah apa kata mereka
Mengabdi diri hanya pada-Nya

Aku seorang wanita
Di sini sebagai hamba
Jangan tunduk pada dunia
Teguhkan hati pada yang Esa
Akulah hawa
Di dunia ini cuma sementara
Bunga kan layu
Gula kan cair
Kertas kan koyak
Tapi bukan jiwaku
Kerana akulah hawa
Hidup dan mati kerana Dia.

p/s:thanks for my friend fb